5 Trik Elak Kaki Melecet Bila Beli Kasut Baru

Posted by webadmin on Wednesday 31 July 2019

Banyak kasut bila dah beli tak pakai, sebab sekali pakai melecet. Dalam erti kata lain 'Makan Tuan'. 
Rasa macam membazir dan sayang jika beli lepas tu pakai sekali jer.
Sayang, kasut cantik tapi tersimpan jer..

 

Haaa, mari sini admin share tips macam mana nak elakkan kaki melecet semasa memakai kasut baru :)

 

1. Korang boleh tampal plaster pada bahagian yang selalu melecet terutamanya bahagian belakang tumit kaki.

 

2. Korang juga boleh letak bedak. Macam pelik kan, tapi berkesan untuk mengurangkan risiko kaki melecet. Geseran akan berkurangan bila letak bedak.

3. Korang juga boleh cuba tampal tape pada jari kaki ketiga dan keempat yang selalu menjadi port melecet tu.

 

4. Guna dedoran roll untuk melicinkan permukaan bahagian belakang kaki. Agak kelakar, tetapi telah terbukti keberkesanannya. 

 

5. Ataupun, korang boleh guan cara letak akan dalam plastik dan letakkan ke dalam kasut semalaman. Ini untuk mengembangkan pada bahagian kasut yang ketat. 

 

Dah tahu tipskan, jangan lupa share dan tag rakan korang yang punyai masalah yang sama :)